ORANG YANG MULA-MULA DAN YANG TERAKHIR MEMASUKI SYURGA...
Orang Pertama sekali akan memasuki syurga dikalangan Para Nabi dan Rasul ialah Nabi Muhamamad SAW
Umat yang Pertama sekali memasuki syurga dikalangan umat2 manusia ialah umat Nabi Muhamad SAW.
Sabda Rasulullah SAW:
" Sesungguhnya para nabi semuanya ditahan memasuki syurga sehingga saya memasukinya terlebih dahulu dan semua umat juga ditahan memasukinya sehingga umatku dahulu memasukinya.."( Daruqut-ni )
" Aku berada di pintu syurga pada hari kiamat lalu aku minta dibukakan pintunya,maka pemegang kuncinya bertanya:"Saipakah engkau?"....Aku menjawab: " Muhamad" kemudian si pemegang kunci itu berkata:" Untuk engkaulah aku diperintahkan membukanya,aku tidak akan membuka untuk seseorang pun sebelum engkau.' ( Riwayat Muslim)
Dalam Riwayat Humaid bin Zin Zanjawair,seorang lelaki bertanyakan tentang org2 yg memasuki syurga dlm peringkat awal kepada Rasulullah dan baginda menerangkan sebagai berikut;
1. Para Nabi
2. Para Syuhada
3. Tukang2 Azan ( muazzin ) di Kaabah
4. Tukang2 Azan ( muazzin) di Baitul Maqdis
5. Tukang2 Azan (muazzin) di Masjid Nabawi
6. Tukang2 Azan (muazzin) yg menjalankan tugas2 mereka dengan Ikhlas.
Adapun Orang2 fakir miskin yg selalu memuji Allah dalam keadaan senang dan susah akan memasuki syurga 40 tahun lebih dahulu drp orang2 kaya....(mereka ini termasuk golongan yg awal memasuki syurga)
Sifat-sifat mereka yg awal memasuki Syurga diterangkan dalam Sabda Rasulullah SAW:
" Mereka semasa di dunia berpakaian agak kotor,berambut kusut masai.Mereka tidak dibenarkan memasuki pintu2 (majlis disebabkan pakaian mereka).Mereka tidak mengahwini wanita2 kaya dan hanya dapat berbelanja kpd orang yg dalam tanggungannya sahaja,tidak untuk orang yg bukan dalam tanggungannya." (Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah semasa hayatnya selalu berdoa:
" Ya Allah,hidupkan aku dalam miskin dan matikanlah aku dalam miskin serta bangkitkanlah aku ke dalam golongan orang2 miskin pada hari kiamat."
Golongan berikut yg termasuk peringkat awal diseru ke syurga ialah:
1. Para Syuhada
2. Hamba2 sahaya yg taat kepada Allah dan tuannya.
3. Orang2 fakir yg baik hati lagi pemaaf.
4. Orang2 yg memelihara anak2 yatim.
ORANG-ORANG TERAKHIR MEMASUKI SYURGA:
"Orang yg paling akhir memasuki syurga ialah seorang lelaki yg keadaan berjalannya silih berganti (tempang),bahkan kadang2 dia masih dijilat oleh Api Neraka.Apabila dia dpt melepaskan diri darinya,dia lalu berpaling ke neraka dan berkata:"Maha Suci Tuhan yg melepaskan aku drp (seksaan) engkau (neraka).'
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan sesuatu yg belum pernah dikurniakan-Nya kpd seseorang pun dikalangan org2 terdahulu dan org2 terkemudian.Kemudian kepada orang itu dibawakan sebatang pohon.Dia pun berkata;"Ya Tuhan dekatkanlah pohon itu kepadaku,biar aku dapat berteduh dan meminum airnya."...Allah menjawab:" Wahai anak Adam,kalau Aku beri kepada kau,tentu kau akan minta pula yg lain."..Lalu lelaki itu berkata:" Tidak Ya Tuhan."
Walaupun dia telah berjanji tidak akan meminta yg lain,tetapi Allah tidak menerima janji itu sebab Allah mengetahui pasti lelaki itu tidak akan tahan sabar.Maka pohon tersebut didekatkan kepadanya.Kemudian dibawakan kepadanya sebatang pohon yg lebih elok,maka orang itu berkata lagi:"Dekatkanlah pohon itu kepadaku supaya aku dapat meminum airnya dan berteduh dibawahnya,aku tidak akan memohon kepada Engkau selainnya."..Allah berfirman: " Hai manusia,bukankah engkau sudah berjanji tidak akan meminta lagi yg lain!"..pohon itu didekatkan lagi kepadanya.
Kemudian dibawakan kepada lelaki itu sebatang pohon lagi dan diletakkan dekat pintu syurga.Pohon itu lebih elok drp 2 batang pohon yg dahulu..Lalu lelaki itu berkata; "Dekatkanlah pohon itu kepadaku,aku tidak akan minta lagi yg lain."....Kerana sikap inilah Allah mengingatkannya." Bukankah kau sudah berjanji tidak akan meminta selain yg telah Aku berikan?"....Pohon itu didekatkan kepada silelaki tadi...dia pun dapat mendengar suara-suara bunyi syurga lantas dia meminta:" Ya Tuhan masukkanlah aku ke dalam syurga."..Allah pun berfirman:" Inginkah kau Aku kurniakan sesuatu (yg luas) dunia dan (ditambahi pula dengan) sebandingnya lagi?"....Mendengar ini lelaki tersebut terperanjat dan bertanya:" Ya Tuhan,adakah Engkau memperolok-olokkan aku dengan firman-Mu itu sedang Engkau Tuahan Alam semesta?" Allah berfirman lagi: " Sesungguhnya Aku tidak memperolok-olokkanu,malah Aku adalah Maha Berkuasa untuk melakukan apa yang Aku kehendaki.".....( Riwayat Muslim)

Comments
Post a Comment