Jantung Kita Tertulis Nama Allah
4 Kalimah Yang Paling Allah Sukai Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Ucapan yang paling dikasihi Allah ada empat, iaitu:- SubhanAllah wal Hamdulillah wa La ilaha illa Allah wa Allahu Akbar”. Inilah kalimah-kalimah yang paling dikasihi Allah, yang sewajarny...a sentiasa basah bibir kita menyebutnya. Setidak-tidaknya didisiplinkan diri kita untuk mengucapkannya 100 kali pagi dan 100 kali petang, agar kita memperolehi kebajikan yang banyak. Sibuk mana pun kita, cubalah disiplinkan diri, dicelah-celah waktu yang kita ada. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan dalam “Sunan”, juzuk 5, halaman 288 – 289, sepotong hadis bertaraf hasan ghorib daripada Muhammad bin Waziir al-Waasithiy daripada Abu Sufyan al-Humairiy iaitu Sa`id bin Yahya al-Waasithiy daripada adh-Dhahhak bin Humrah daripada ‘Amr bin Syu`aib daripada ayahandanya daripada nendanya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- من سبح الله مائة بالغداة و مائة بالعشي كان كمن حج مائة حجة، ومن حمد الله مائة بالغداة و مائة بالعشي كان كمن حمل على مائة ف...