Posts

Perhiasan dan Cara Berhias menurut Islam Tazayyun (berhias diri) menurut bahasa berarti mempercantik dalam berpakaian. Termasuk berpakaian ialah mempergunakan perhiasan, mempergunakan celak, inai, dan lain sebagainya. Berhias adalah memperelok diri dengan pakaian dan sebagainya yang indah-indah, berdandan dengan perhiasan, yaitu barang apa yang dipakai untuk seperti cincin, subang, anting-anting, tusuk konde sangat lengkap Menurut Abdul Aziz Dahlan, perhiasan (zinah) adalah sesuatu yang dapat memperindah sesuatu yang lain, barang yang dipakai untuk berhias. Dalam kajian hukum Islam, perhiasan diartikan sebagai benda-benda yang indah dan bernilai yang dapat mempercantik diri, pakaian, bejana, rumah, dinding, dan lain-lain dengan tujuan agar dapat dipandang cantik, indah dan menarik. Menurut M. Quraish Shihab perhiasan adalah sesuatu yang dipakai memperelok. Al-Quran tidak menjelaskan apa yang disebut perhiasan, atau sesuatu yang elok. Sebagian pakar menjelaskan bahwa sesuatu yan...
UJIAN ALLAH. KAYA @ MISKIN.... Firman Allah SWT, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku Telah memuliakanku.” Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”" (Surah Al-Fajr, ayat 15-16) Meneliti kandungan ayat di atas Allah SWT telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan susah. Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu ialah: Golongan Pertama Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang ter...
Image

ORANG PERTAMA

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2..Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3..Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS) 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW 8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA 9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA 10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA 11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA 13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA 14… Orang yang pertama ...

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT

barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :’mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat’.firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku) , itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka’ barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah ‘mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.’ rasulullah saw bersabda ‘sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat , maka di letakka...

20 Amalan Memurahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar ...

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al- Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis. Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berd...