Posts

Showing posts from September, 2016

PERISTIWA DI MAHSYAR

Image
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang merek...

SIFAT SOMBONG PISAHKAN MUSLIM DARIPADA SYURGA

SIFAT SOMBONG PISAHKAN MUSLIM DARIPADA SYURGA Rasulullah saw.. tidak pernah ketinggalan memberi peringatan kepada umatnya betapa buruk dan kejinya sifat sombong dan takbur dalam kehidupan ummah sejagat.. Sabda Baginda yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi’ ( Hadis Riwayat Muslim ) Dalama hadis yang lain pula Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Manusia yang jahat ialah manusia yang sombong, keras kepala dan melampaui batas. Orang yang sombong dan keras kepala itu lupa kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi’ manusia yang jahat itulah manusia yang keras kepala dan yang sombong , Dia lupa kepada Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Mahusia yang jahat ialah manusia yang lupa dan lalai. Dia lupa kepada kubur dan kehancuran tubuhnya . Amatlah jahat manusia yang sombong dan melampaui batas dia lupa kepada permulaan dan kesudahan ‘ ( Hadir riwayat Tirmizi ) Sifat sombong adalah akhlak keji yang menjadi dinding pemisah a...
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menah...