Posts

Showing posts from September, 2011

Himpunan doa-doa daripada surah Al-Quran

Image
MUTIARA DOA : (DARI AL-QURAN) 1) DOA MEMPEROLEH ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG BERTAQWA : رَبَّنا هَب لَنا مِن أَزوٰجِنا وَذُرِّيّٰتِنا قُرَّةَ أَعيُنٍ وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (SURAH AL-FURQAN AYAT 74) 2) DOA MENDAPAT ANAK YANG BERAKHLAK MULIA DAN MENGHORMATI IBU BAPA : رَبِّ أَوزِعنى أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَّتى أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلىٰ وٰلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صٰلِحًا تَرضىٰهُ وَأَصلِح لى فى ذُرِّيَّتى ۖ إِنّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنّى مِنَ المُسلِمينَ "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, da...

42 NASIHAT AGAMA YG BERGUNA

بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “ 1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu. ” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “ 2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki. ” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “ 3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu. ” اتق الله حيثما كنت “ 4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada. ” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “ 5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya. ” خالقِ الناس بخلق حسن “ 6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak. ” اتق المحارم تكن أعبد الناس “ 7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik. ” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “ 8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya. ” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “ 9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri. ” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القل...

Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini (AYAT PENGGERAK)

Image
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut : Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut : 1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan : 1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 3. Selamat dari bahaya. 4. Tidak melarat, Menjadi Senang. Keberuntung...
Image

Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini (AYAT PENGGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut : Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut : 1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan : 1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 3. Selamat dari bahaya. 4. Tidak melarat, Menjadi Senang. Ke...

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat..

Image
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. . Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian : . 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) . 2. Kaki memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah. . 3. Wangi-wangian – Siapa sahaja wanita yang...

Wasiat Rasulallah SAW

Image
Menjelang akhir Hayat Rasulallah s.a.w. yaitu pada tahun 10 Hijriah, Nabi Muhammad s.a.w. bersama seluruh Ummat Islam yang datang dari segenap penjuru, telah enunaikan Haji/'Umrah yang terakhir bagi Nabi s.a.w.yang disebutkan juga dengan Haji Wada' (Haji Perpisahan) karena setelah delapan puluh dua hari sesudah itu Rasulallah s.a.w. wafat meninggalkan dunia yang fana ini, kembali ke Ramatullah. Nabi s.a.w. bersama Ummat Islam yang sangat ramai ketika itu (ratusan ribu) telah menyampaikan banyak pesanan kepada seluruh Ummat Islam untuk dilaksanakan.Khutbah Nabi s.a.w.di Padang Arafah (suatu kawasan padang yang luas, terletak di kaki Jabal Rahmah (bukit Rahmah), kira-kira 22 km sebelah tenggara kota Makkah). Wukuf di 'Arafah disebut juga dengan Hari 'Arafah (hari Perkenalan/Pertemuan). Dalam Khotbah Nabi s.a.w. yang ditujukan kepada seluruh Ummat Islam ketika itu dan juga supaya disampaikan kepada seluruh Ummat Islam sekarang ini dan kepada seluruh Ummat Islam hing...